Jual lebih banyak dengan Shopee Malaysia

By Sook Yan · 21st June, 2020

Jual lebih banyak dengan Shopee Malaysia | EasyStore

Setiap perniagaan rangkaian akan prihatin terhadap satu soalan: bagaimana mendapat jualan yang tinggi. Shopee merupakan laman web perniagaan yang paling dilayari di Malaysia dan juga satu saluran bagus untuk menjalankan perniagaan. Tidak dapat dinafikan bahawa penyelarasan pasaran telah memainkan peranan penting dalam Malaysia apabila kita berbincang tentang industri perniagaan rangkaian.

Marilah kita melihat perkara-perkara penting dalam penyelarasan pasaran Shopee dalam EasyStore.

1. Sambungkan saluran penjualan Shopee dengan EasyStore

Kalau anda adalah seorang penjual Shopee, anda boleh mula mengimport produk daripada Shopee kepada kedai atas talian EasyStore anda. 

Pasangkan dan integrasi aplikasi Shopee Malaysia agar perkongsian maklumat antara EasyStore dan akaun penjual Shopee anda bermula. 

Dengan ini, produk Shopee anda akan dimuat naik ke halaman produk EasyStore secara automatik.

2. Pengurusan produk (Selaraskan produk kepada Shopee)

Selain membenarkan penyelarasan produk dari Shopee ke EasyStore, EasyStore boleh menyelaraskan produk kedai atas talian anda kepada Shopee. Daripada imej produk kepada penerangan produk, anda boleh menunjukkan maklumat sama antara Shopee dan EasyStore. Berikut adalah apa anda akan lihat semasa proses penyelarasan: 

(i) Penomboran halaman produk

Rasa kecewa apabila anda tidak dapat cari produk yang dimuat naik?

Penomboran halaman produk akan mengagihkan produk kepada halaman bernombor dan anda boleh mencari produk yang dimuat naik dengan senang mengikut nombor halaman.

(ii) Memantau status penyelarasan produk

Tak perlu risau jika anda berjaya muat naik produk ke Shopee. Tiga jenis status iaitu aktif, penyelarasan gagal dan kesilapan akan dipamerkan sama ada muatan naik berjaya atau tidak. Kalau ada kesilapan, anda akan dimaklumkan.

(iii) Maklumat kekal dalam proses penyelarasan semula

Tak perlu isi semula maklumat dalam proses penyelarasan semula. Kami telah isi maklumat kategori dan jenama secara automatik. Anda akan dihantar terus ke halaman kedua untuk melengkapkan penerangan dan atribut produk lain.

3. Segmen berbeza, harga berbeza 

Kita sedar anda mungkin mahu menjual barang pada harga yang berbeza antara stor rangkaian dan pasaran. Ruangan harga telah disediakan  untuk anda mengubah harga barang Shopee menggunakan amaun atau peratusan.

4. Pengurusan perniagaan

(i) Cari rekod jual beli dalam masa singkat

Kita tahu betapa pentingnya fungsi pencarian terutamanya apabila bilangan pesanan meningkat. Ruangan telah disediakan untuk memudahkan pencarian pesanan.

(ii) Ikon Shopee dalam halaman rekod jual beli

Selain daripada ruangan carian, ikon Shopee akan ditunjukkan jika pesanan berasal daripada Shopee. Ini menyenangkan pengurusan pesanan dan membolehkan anda mengenali sumber pelanggan dengan senang. 

5. Penuhi tempahan secara individu atau berganda

Selain menunjukkan icon untuk menyenangkan pentadbiran, anda boleh memenuhi pesanan dari Shopee dari panel pentadbiran anda. 

Anda hanya perlu tekan butang ‘Penuhi’ satu demi satu untuk memenuhi satu pesanan. Atau, anda boleh memilih pesanan secara pukal dan tekan butang “Penuhi” untuk memenuhi pesanan secara ramai. 

Ini boleh melajukan proses pemenuhan anda dalam pelantar semua-dalam-satu – EasyStore.

6. Cetak bil Shopee Airway secara pukal

Selepas memenuhi pesanan, anda boleh mencetak bil Airway Shopee anda dari panel pentadbir dan menghantar parcel anda kepada pelanggan. 

Dapat bil Airway dari panel pentadbir EasyStore tanpa keluar rumah.

7. Pilihan untuk produk pra-penempahan

Menjual produk pra-penempahan? Perlu masa lebih untuk menyediakan pesanan? Anda boleh menggunakan pilihan ini, dengan masa penghantaran ditetapkan antara 7 hari hingga 30 hari.

Masa untuk mengembang perniagaan

Selaraskan produk dan perniagaan anda kepada 1 pelantar. Kembangkan perniagaan anda dengan meningkatkan jenama anda di pasaran lain. Gunakan trafik percuma ini untuk memperkenalkan pelanggan kepada halaman web anda yang bersedia.