Suara Unik Disebalik Fesyen Muslimah

By Yavini Lucille · 19th July, 2020

Suara Unik Disebalik Fesyen Muslimah | EasyStore

Orang kata, keperluan adalah pencetus kepada suatu rekaan. Wanita muslim bertudung, yang juga disebut sebagai hijab, telah mengilhamkan Ziera Zain untuk mengembangkan idea perniagaannya selangkah lebih jauh. Dengan idea ini, beliau telah melancarkan Zeez dengan jenama fesyen dan aksesori muslimah pada tahun 2014.

Peringkat Awal Zeez --- Detik-detik Mempunyai Kedai Fizikal

Di peringkat awal perniagaan, beliau mempunyai idea yang jelas mengenai jenama yang digunakan. “Zeez” menyediakan shawl yang terbaik dan berkualiti untuk keperluan setiap wanita elegan dan yang mengikuti trend.

Menguruskan kedai fizikal tidak semudah seperti yang difikirkan. Berada di kedai dari jam 10 pagi hingga 10 malam adalah perkara biasa. Sentiasa bersedia untuk setiap pelanggan yang datang ke kedai adalah satu lagi kerja yang beliau terpaksa hadapi sebagai rutin harian.

Untuk berkembang di dalam industri yang kopetitif seperti fesyen, Ziera sedar beliau perlu menawarkan lebih dari sekadar sebuah kedai, expo ataupun kedai fizikal. Sudah tiba masanya untuk membuat rekaan fesyen untuk wanita muslimah dengan strategi perniagaan yang baru di internet.

Dari Perniagaan Konvensional Kepada Kedai Online

Bukan mudah untuk dikenali di internet pada masa kini. Selain mempunyai warna yang menarik, Ziera Zain hanya memilih pigmen asas dan yang selalu digunakan sahaja dalam usahanya melakukan perniagaan secara digital untuk jenama fesyennya.

Seperti warna hitam dan putih yang ada pada logo jenamanya, dua warna ini juga digunakan di laman web beliau. Membuatkan mata terus fokus melihat imej produk ketika mengunjungi kedai online.

 Halaman utama laman rasmi Zeez.

Halaman utama laman rasmi Zeez. 

Cabaran: Bagaimana Ziera Mendapatkan Momentum

Strategi pemasaran yang digunakan oleh beliau adalah jaringan dan dari mulut ke mulut pelanggan yang setia.  Walaupun pengalaman pembelian secara fizikal membantu mempromosikan jenama, namun kesannya masih tidak memuaskan beliau.

Sementara menguruskan inventori,  bahagian merekod ialah sangat penting dan memakan masa dalam rutin kerja beliau setiap hari. Dari nama setiap produk sehingga nombor setiap koleksi, masa dihabiskan berhari-hari untuk memastikan informasi stok betul supaya tidak berlaku kekeliruan pada masa akan datang.

Untuk melibatkan diri dengan pelanggan dengan lebih aktif, beliau melakukan banyak usaha pada kelas pemasaran tanpa mengira masa dan kewangan untuk mendapatkan pengetahuan baru dalam pemasaran digital. Sebagai seorang yang suka belajar, beliau tidak melepaskan peluang untuk memperolehi pengetahuan baharu walaupun mempunyai jadual yang padat pada hujung minggu,

Beliau tidak menggunakan Komunikasi sehala di dalam perniagaan dan kelas. Perkongsian pengalaman dan peluang rangkaian baru turut didedahkan di kelas. Maka tidak hairanlah, beliau dapat memberikan promosi yang lebih menarik kepada pelawat beliau sewaktu beralih ke perniagaan online pada peringkat awal.

Mengapa EasyStore? Alatan Yang Meyakinkan Zeez Mengembangkan Perniagaan Digital

“Sebagai seorang yang kurang mahir berteknologi,  EasyStore menyediakan panduan lengkap dan khidmat sokongan untuk mengendalikan kedai secara online.” Ia tidak memerlukan kemahiran pengekodan untuk membina kedai digital sendiri. Nikmati kemudahan menguruskan pesanan, stok dan aktiviti pemasaran dalam EasyStore.

Zees sangat menitikberatkan sistem yang mesra-pengguna apabila menjalankan, menyemak, dan menganalisa perkembangan perniagaan. Dengan ciri analitik yang telah tersedia, beliau dapat melihat perkembangan jenama dari aspek penjualan, pesanan, dan pengunjung.  Secara tidak langsung, ia membantunya melakukan penambahbaikan lebih jauh dalam berkomunikasi dengan pelanggan melalui jenama online.

Apabila bercakap mengenai jualan online, masyarakat biasanya memikirkan platform pasaran seperti Shopee, Lazada ataupun Instagram. Laman tersebut lebih dekat dengan generasi baru dimana Zeez memperluas kesedaran jenamanya di sana. EasyStore membantu mengesan sumber pesanan yang datang dari Facebook, Instagram, Lazada dan Shopee.

Dengan memantau jualan dan prestasi di aplikasi telefon pintar (versi Android & iOS), Ziera memastikan supaya jenamanya sentiasa berhubung dengan pelanggannya, lebih-lebih lagi apabila mereka betul-betul menginginkan Zeez.

Seperti yang telah didedahkan dalam kisah Zeez, apakah yang membuatkan ia berbeza daripada jenama fesyen lain lalu menjadikan pelanggan mereka membuat keputusan untuk membeli di kedai online? Barangkali kerana Zeez sangat menekankan kemudahan dan kepuasan para pelanggan.

Layari laman web Zeez untuk mendapatkan inspirasi, dan jika anda adalah penjual online, cuba lihat bagaimana anda dapat menggunakan EasyStore bersama Lazada dan Shopee.

Halaman utama laman rasmi Zeez: https://www.zeezscarves.com/

Facebook: https://www.facebook.com/zeezx/

Instagram: https://www.instagram.com/zeezscarves/