PKP, YANG MESTI ADA: BORANG PESANAN WhatsApp/LINE
By Hanna · 16th April, 2020
“Boleh saya membuat pesanan di sini?”
“Tolong PM”
“Saya mahu pesan ini dan itu”
“Berapakah barang ini”
“Anda terlepas mesej saya!”
dan banyak lagi…….
Semua ini merupakan sebahagian daripada soalan-soalan yang anda dapat kebelakangan ini. Kami juga merasai kesusahannya, betul. Bagi membantu anda menyelesaikan masalah ini, kami telah melaksanakan ciri yang baharu, Borang Pesanan Whatsapp/LINE ke platform kami.
Apakah Borang Pesanan WhatsApp/LINE?
Ia merupakan pautan kekal (contohnya, https://easy.co/qvgg) yang akan membawa kepada suatu borang yang memaparkan katalog produk anda, di mana para pelanggan boleh membuat pesanan dan hantar kepada anda pesanan mereka melalui WhatsApp/LINE. Jika mereka terus ke daftar keluar, ia akan menghasilkan pesanan secara automatik di panel admin halaman pesanan juga. Tidak perlu untuk merekodkan secara manual.
Gunakan ciri ini
1. Buat pesanan dengan satu klik
Sebahagian pelanggan hanya mahu bercakap dengan orang sebenar daripada bot borak. Dengan menggunakan borang pesanan, pelanggan anda boleh membuat pesanan dan bercakap dengan anda melalui WhatsApp/LINE dalam satu klik.
2. Pesanan dihasilkan secara automatik
Setelah pelanggan-pelanggan anda hantar pesanan mereka kepada anda, mereka akan ditunjukkan dengan suatu pautan untuk meneruskan pesanan mereka. Mereka boleh terus membuat pembayaran melalui pautan tersebut, atau tunggu mesej daripada anda sebelum mereka bergerak ke daftar keluar. Pesanan akan dihasilkan setelah mereka terus dengan pautan tersebut ke daftar keluar, dan mereka boleh melihat pesanan dalam halaman penyenarian pesanan.
3. Pengemaskinian status pembayaran secara automatik
Jika pelanggan anda telah membayar melalui get laluan pembayaran, pesanan tersebut akan ditandakan sebagai telah dibayar secara automatik, pelanggan anda juga akan diberitahu. Tiada pemeriksaan manual untuk mengesahkan pembayaran daripada pelanggan, melainkan anda menggunakan kaedah pembayaran manual seperti pindahan bank.
4. Penyimpanan data pelanggan secara automatik
Kami membantu anda untuk menyimpan data para pelanggan anda ke dalam kedai anda setiap kali mereka membuat suatu pesanan. Anda akan diberikan akses penuh terhadap semua butiran mereka yang telah diisi oleh mereka semasa daftar keluar dan menggunakannya untuk hubungan pelanggan, promosi pemasaran.
5. Ikuti pesanan terabai
Jangan lepasi apa-apa potensi jualan yang datang daripada WhatsApp dan LINE. Jika seorang pelanggan hantar mesej kepada anda tetapi tidak terus kepada daftar keluar, pesanan tersebut akan disimpan dalam “daftar keluar yang terabai”. Anda boleh mengikuti perkembangan mereka melalui butiran kontak (nombor telefon, e-mel) yang diletakkan pada halaman oleh mereka.
Bagaimana ianya berfungsi?
Pertama sekali, anda perlu satu akaun EasyStore, sama ada pelan Standard (Biasa) atau Business (Perniagaan). Jika anda berpuas hati dengan percubaan percuma, anda boleh menggunakan ciri ini juga.
Pastikan anda telah tetapkan kedai anda dengan produk-produk, kaedah pembayaran dan kaedah penghantaran. Sila baca artikel kami untuk pelancaran cepat kedai dalam talian anda.
Dengan hanya hasilkan suatu borang dan pilih produk-produk yang anda mahu untuk dipaparkan di borang pesanan anda, kemudian anda akan dapat pautan kekal untuk dikongsikan dengan para pelanggan anda.
Kami mempunyai panduan penuh di sini.
Biar kami meringkaskan kepada anda:
Tetapkan kedai anda (panduan)
Hasilkan borang (panduan)
Kongsikan pautan anda
Kami percaya yang ciri yang baru sahaja dilancarkan ini akan banyak membantu penjual-penjual yang mengalami kesusahan dengan pesanan “PM” (Mesej Persendirian) setiap hari. Jika anda mahu mencuba EasyStore untuk mengembangkan perniagaan anda, daftar 14 hari percubaan percuma anda.
Ingin menghubungi kami? E-mel kepada kami di hi@easystore.co.
Latest articles
-
Shao Kim test locale
By Shao Kim · 14th Feb, 2023
-
Hantar Mesej Pukal kepada Pelanggan dengan Pusat Penyiaran (Broadcast Center)
By Max · 27th Nov, 2022
-
Maklumat Terkini Produk EasyStore: Oktober - Disember 2020
By Max · 26th Nov, 2022
-
Tahun 2022, WooCommerce berbanding EasyStore – Yang mana lebih bagus untuk perniagaan anda?
By Vincent Leong · 11th Feb, 2022
-
Mulakan Perniagaaan Atas Talian Bersertakan Penyelesaian eDagang Semua-Dalam-Satu Dengan Diskaun RM845!!
By Yavini Lucille · 4th Jan, 2022
-
5 Kunci Kejayaan Pendigitalan Perniagaan Kecil
By Yavini Lucille · 3rd Jan, 2022