5 Tips Mendapatkan Lebih Banyak Jualan Ketika Pandemik
By Yavini Lucille · 27th April, 2021
Musim Perayaan merupakan musim yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh penjual. Dalam suasana Ramadan yang telah berlalu beberapa minggu, kita dapat melihat banyak perniagaan membuat kempen dan promosi yang berbeza berkaitan musim Ramadan dan Raya. Ketika inilah pelanggan anda pasti mencari harga terbaik sepanjang bulan suci ini.
Dalam pada itu, dengan penerimaan ecommerce sewaktu pandemik tahun 2020 di Malaysia, kita telah melihat peningkatan yang memberangsangkan dalam jualan online sepanjang tahun. Ramai penjual antaranya seperti Little Miss Granola dan Ding Ding Go dilihat telah beralih ke perniagaan online. Pastinya kita boleh mengatakan perkara yang sama pada tahun ini.
Bercakap ( menulis mengenai perkara ini) tentang membuat jualan untuk perniagaan memang nampak mudah. Namun, ramai penjual yang masih tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan masih tidak memahami konsep untuk melaksanakannya dengan betul malah lebih teruk lagi, ada yang masih tidak tahu cara untuk BERMULA.
Itu adalah beberapa sebab mengapa saya menulis blog ini. Mari kita lihat 5 tips mudah yang anda boleh praktikkan untuk membuat jualan yang lebih baik di musim Perayaan sewaktu pandemik.
1. Beri Diskaun Hari Raya
Saya pasti anda sudah nampak semua ini, kenapa pula tidak? Jualan musim Hari Raya adalah sesuatu yang kita harapkan. Membuat kempen hari raya mungkin memerlukan pelan yang panjang untuk melaksanakannya. Namun jualan dengan kata lain, lebih cepat untuk dilakukan. Mengapa?
Dengan alat promosi EasyStore, anda dapat melakukan sebarang bentuk promosi yang anda inginkan. Sebagai contoh, promosi tempoh-terhad khas untuk Hari Raya, atau anda juga boleh berikan potongan harga RM10 untuk belian pertama.
Selain itu, anda juga boleh menghantar mesej jualan Raya melalui Broadcast Center (pusat penyiaran) menggunakan SMS, e-mel, Messenger dan LINE. Dengan membuat sedikit suntingan peribadi pada mesej, pelanggan anda akan lebih berminat untuk membeli daripada anda.
2. Gunakan Kata Kunci Bermusim
Menggunakan kata kunci atau keywords seperti ‘Ramadan’, ‘Bazar, ‘Puasa’, ‘Baju Kurung’, ‘Muslimah’ yang berkaitan dengan tema bulan suci dapat menarik pelanggan berpotensi untuk membuat carian mengenainya dengan lebih berkesan. Apabila anda berjaya menarik trafik ke kedai anda, pasti anda tidak mahu mereka pergi tanpa membeli apa-apa daripada anda.
Apabila pengalaman pembelian berasaskan pelanggan diaplikasikan, anda tidak perlu lagi bimbang pelanggan meninggalkan perniagaan online anda. Itulah sebabnya mengapa anda memerlukan kedai online untuk melakukannya.
3. Panjangkan Waktu Membeli-belah
Di sepanjang bulan yang suci, anda dapat memanfaatkan masa operasi perniagaan anda. Anda masih boleh menyediakan perkhidmatan online pada waktu malam sehingga pagi (Selepas sahur). Semua ini akan jauh lebih baik jika anda ada chatbot yang memberikan bantuan 24/7 kepada anda untuk menjawab pertanyaan tahap pertama pelanggan secara automatik. Ini memudahkan pelanggan anda melakukan proses membeli. Pengesahan pesanan boleh dihantar menerusi e-mel dan juga Facebook Messenger.
4. Lancarkan Hadiah Hari Raya
Strategi penggabungan produk biasanya berjaya mempengaruhi keputusan membeli pelanggan, kerana sudah pasti ada sahaja pelanggan yang kesuntukan masa, terutama apabila ingin membuat persediaan hadiah. Lihat sahaja betapa mudahnya Ding Ding Go melakukan penggabungan tersebut!
5. Masa Terbaik Untuk Memulakan, Adalah Sekarang!
Mulakan dengan lebih awal adalah tips yang terbaik. Anda hendaklah memulakan kempen Hari Raya seawal yang mungkin untuk menarik perhatian orang yang melihat anda. Dengan berbuat demikian, anda telah meletakkan idea yang jelas mengenai apa yang anda tawarkan ke dalam minda mereka. Apabila masanya tiba, benda pertama yang keluar di fikiran mereka ialah produk ataupun jenama anda.
Kami memudahkannya untuk anda. Anda sebenarnya boleh mengatur cara terpantas untuk melakukan jualan online menggunakan WhatsApp Order Form (Borang Pesanan WhatsApp). Berbekalkan produk yang telah tersedia, anda boleh mula menjual hanya dalam beberapa minit!
Semua perniagaan harus berkembang. Walaupun demikian, menjual di beberapa saluran penjualan dapat membantu memperluas jangkauan anda dengan lebih hebat lagi kepada setiap bakal pelanggan anda. Ketika anda menjual di pelbagai saluran penjualan yang popular seperti Shopee, Lazada, Facebook, WhatsApp, Instagram, kami membantu mengautomasikan pengurusan anda berdasarkan pesanan, maklumat pelanggan, produk, dan inventori.
Menjadikan musim perayaan sebagai kelebihan bagi perniagaan dapat membawa lebih banyak jualan. Tips yang telah saya kongsikan sudah pasti dapat membantu anda dalam memulakan rancangan dan menyusun strategi untuk Hari Raya yang bakal tiba.
Artikel terbaru
-
Shao Kim test locale
By Shao Kim · 14th Feb, 2023
-
Hantar Mesej Pukal kepada Pelanggan dengan Pusat Penyiaran (Broadcast Center)
By Max · 27th Nov, 2022
-
Maklumat Terkini Produk EasyStore: Oktober - Disember 2020
By Max · 26th Nov, 2022
-
Tahun 2022, WooCommerce berbanding EasyStore – Yang mana lebih bagus untuk perniagaan anda?
By Vincent Leong · 11th Feb, 2022
-
Mulakan Perniagaaan Atas Talian Bersertakan Penyelesaian eDagang Semua-Dalam-Satu Dengan Diskaun RM845!!
By Yavini Lucille · 4th Jan, 2022
-
5 Kunci Kejayaan Pendigitalan Perniagaan Kecil
By Yavini Lucille · 3rd Jan, 2022