Beliau Hasilkan Barang Kemas Daripada Susu Badan

By Yavini Lucille · 2nd March, 2020

Beliau Hasilkan Barang Kemas Daripada Susu Badan | EasyStore

Setiap perjalanan dalam penyusuan adalah unik dengan cabarannya yang tersendiri. Ianya akan berlainan daripada seorang ibu kepada ibu yang lain. Dalam perjalanan penyusuan Heidi, ia dipenuhi dengan kesedihan dan kemungkiran oleh kerana susu badan yang berlebihan. Adik perempuannya, Cassandra, tidak boleh menahan memikirkan kehilangan Heidi yang bersemangat dan cerdik. Mereka memutuskan untuk melakukan perubahan dan keputusan ini telah membawa suatu transformasi yang besar dalam hidup mereka.

Pada hari ini, seorang ibu kepada dua anak perempuan - Heidi akan mendedahkan kejatuhan dan kebangkitannya dalam “perjalanan penyusuan” ini bersama dengan pelancaran Woodiepie.

Titik Perubahan yang Mengubah Perniagaan Mereka -- Suatu Permintaan Luar Biasa

Baru- baru ini, “BabyTalk PapaMama Readers’Choice Award 2019”telah dianugerahkan kepada Woodiepie. Ia sememangnya tidak mudah untuk dianugerahkan dengan pencapaian yang mereka memperolehi hari ini. 

Sabun buatan tangan dengan serpihan kayu merupakan permulaan perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun, ianya bukan lagi produk utama bagi perniagaan mereka sekarang. Transformasi ini berpunca daripada satu pesanan sabun susu badan daripada seorang pelanggan yang juga seorang suami.

Permintaan istimewa beliau mencetus sesuatu dalam diri adik-beradik untuk mencipta sesuatu yang boleh bertahan lebih lama lagi daripada sabun buatan tangan -- barang kemas susu badan. Mereka telah melakukan banyak penyelidikan melalui Internet dan telah mula melakukan ujian oleh mereka sendiri dengan beberapa bahan pembinaan yang berbeza bersama dengan suami Heidi oleh sebab beliau bekerja dalam bidang pembinaan.

Semua Perkara Adalah Sukar Sebelum Ianya Menjadi Mudah

Ia mengambil masa selama setahun untuk merumus barang kemas susu badan mereka sendiri dengan R&D secara berulang kali dan mereka telah berjaya melancarkannya kepada awam mengenai jenama mereka. Jenama tersebut tidak mendapat banyak sambutan daripada masyarakat awam Malaysia oleh kerana ia merupakan sebuah industri baru bagi rakyat Malaysia untuk menghargai ibu yang menyusu.

Heidi berkongsi bahawa ramai lelaki terumatanya ayah-ayah, telah membeli barang kemas tersebut untuk menghargai pasangan mereka. Beliau tidak menjangka perkara sebegini tetapi berasa terharu dengan pengiktirafan terhadap usaha dan kesusahan bagi para ibu yang menyusu. Ia membuat diri beliau berasa gembira dan mahu bekerja lebih keras bagi kariernya.

Tiada siapa akan tahu betapa banyaknya usaha yang telah dikerjakan oleh mereka dalam industri ini. Dalam mengubah sabun buatan tangan kepada barang kemas susu badan, mereka tidak mempunyai bimbingan atau panduan langsung oleh kerana ia merupakan sesuatu yang baru dan jarang berlaku kepada masyarakat awam. Mereka memberi fokus terhadap strategi pemasaran bagi mengukuhkan ketulenan jenama dengan memuat naik video Youtube bersama dengan perbandingan batu DIY dan batu susu badan yang telah dipertingkatkan. Kaedah cuba-cuba telah digunakan sebagai pendekatan pemasaran mereka oleh kerana mereka merupakan amatur dalam pasaran barang kemas susu badan.

Gagal Daripada Permulaan

Oleh sebab itu, setiap barang kemas susu badan dipersesuaikan dan walaupun sejejak susu badan pun tidak boleh bercampur aduk daripada tempat yang lain, Heidi mengendali susu badan yang dihantar oleh para pelanggan dengan penuh perhatian. 

Masa demi masa, sedikit demi sedikit mereka berasa ketakselesaan terhadap halaman Facebook terumatanya apabila pelanggan meletakkan pesanan melalui peti masuk Facebook. Setiap pesanan direkodkan secara manual dan apa-apa kesalahan yang kecil akan menimbulkan kesulitan terhadap mereka.

Bukan itu sahaja, platform media sosial merupakan salah satu percubaan mereka untuk menjelajah kedai siber terdahulu. Mereka telah cuba untuk memuat naik lebih daripada 500 reka bentuk barang kemas sekaligus di halaman Facebook tetapi ianya gagal oleh kerana jumlah yang terlampau banyak dan prosesnya yang lama.

Bagi mengurangkan kejadian kesalahan manusia, adik-beradik tersebut mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan melalui kedai digital dengan EasyStore. Untuk menghasilkan laman web di EasyStore, ianya lebih mudah daripada apa yang mereka fikirkan memandangkan mereka tidak mempunyai latar belakang IT. 

Dengan bantuan Pusat Bantuan, mereka telah mendirikan kedai mereka untuk memberikan pengalaman membeli belah yang sempurna bagi tetamu mereka. Isu utama mereka, trafik khidmat pelanggan, telah diselesaikan oleh kerana proses semakan keluar adalah mudah dan mesra pengguna untuk membeli produk di kedai dalam talian. 

Gambar produk tanpa had membolehkan untuk memuat naik ke kedai dalam talian mereka dalam keadaan yang sistematik dan teratur. Para pelanggan boleh melihat jenama mereka dan meletakkan pesanan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana.

Dalam mempertimbangkan yang majoriti pelanggan merupakan para ibu dengan bayi mereka yang hanya menikmati masa lapang pada waktu malam, laman web adalah mudah bagi mereka untuk melayari sambil membeli belah secara dalam talian tanpa perlu untuk keluar daripada rumah.

Gambar daripada Ahmad Zamzahuri

Mencari Keseimbangan Antara Seorang Usahawan Suri dan Seorang Usahawan 

Mengimbangi kehidupan di antara alam keibuan dan karier bukan sesuatu yang mudah bagi Heidi. Sebagai seorang ibu kepada dua anak perempuan, beliau mendedahkan kemustahilan bagi beliau untuk bekerja dalam kedua-dua bidang dalam laluan yang sama dengan pemikiran yang beliau tidak akan melepaskan mana-mana satu pun.

Membina sesuatu perniagaan bukan sahaja bermaksud ianya sebagai suatu sumber untuk menjana pendapatan tetapi ianya juga suatu sumber dalam mencari makna dan minat yang membuatkan diri sendiri berasa seperti hidup dengan puas dalam dunia ini. Buat apa yang anda banggakan dan jayakannya, merupakan apa yang dipegang oleh pengasas bersama Woodiepie!

Pengalaman Mengajar Kita Suatu Pengajaran Yang Tidak Ternilai

“Teruskan belajar daripada pengalaman termasuklah kegagalan,” Heidi meluahkan nasihat ikhlasnya kepada usahawan baru. Beliau suka membaca dan belajar kelas dalam talian di eCommerce, buku motivasi dan post media sosial yang lain. Setiap satu ilmu boleh menjadi suatu inspirasi terlintas di minda anda.

Mendapatkan maklum balas daripada orang sekeliling kita dan para pelanggan boleh memperbaiki kelemahan sedia ada sambil membina keyakinan dalam jenama anda. Mengisi ruangan kosong di antara realiti dan produk ideal akan memperkayakan jenama anda sebagai jenama yang dipercayai.

Jangan sesekali memandang rendah diri kita, terumatanya para wanita. Jangan teragak-agak dalam mengambil tindakan dalaman. Percayakan diri anda dengan memberikan diri sendiri keyakinan untuk memberi suatu impak kepada dunia kerana anda berhak untuk mempengaruhi orang ramai di luar sana untuk mendapat sebuah dunia yang lebih baik.

Langkah jauh lagi daripada perniagaan yang biasa dan bagi diri anda berasa istimewa dalam dunia ini kerana anda sememangnya berhak untuk mendapatkannya! Pastikan anda singgah hasilan mereka, Woodiepie:

Laman web rasmi: https://www.woodiepie.com

Facebook: https://www.facebook.com/woodiepie5

Instagram: https://www.instagram.com/woodiepie/