8 Fungsi Utama Yang Seharusnya Dimiliki Oleh Kedai Dalam Talian Anda (Bahagian 1)
By Max · 28th September, 2020
Jika anda telah memiliki kedai EasyStore, anda mestilah bersedia untuk menaik taraf kedai dalam talian anda ke satu tahap seterusnya. Selain dari reka bentuk laman web yang hebat, sistem pembayaran automatik, dan pengurusan logistik yang berkesan, anda juga semestinya mahukan beberapa fungsi penting yang lain di kedai dalam talian anda.
1. Halaman bayaran keluar tunggal
Apabila anda telah selesai membeli-belah barangan runcit, anda selalu ingin menggunakan jalan paling pantas untuk membayar barang anda, dan tidak ada beza jika anda membeli barang secara dalam talian. Pembayaran di satu halaman tunggal akan sentiasa menjadi kegemaran pembeli kerana lebih pantas dan tidak ada halaman tambahan untuk dimuat berbanding dengan pembayaran berbilang halaman.
Pembayaran di satu halaman tunggal membolehkan pelanggan anda mengisi butiran yang diperlukan seperti alamat penghantaran, kaedah penghantaran, dan maklumat pembayaran, semuanya di satu tempat.
Tetapkan di Tetapan> Bayaran Keluar > Tetapan Bayaran Keluar > Pengalaman Bayaran Keluar.
2.Pemulihan troli yang ditinggalkan
Purata kadar peninggalan troli dalam talian adalah 69.57%. Ini bermakna 7 daripada 10 pembeli dalam talian meninggalkan troli mereka tanpa menyelesaikan pembelian. Memulihkan sebahagian daripada jualan yang hilang ini boleh menjadi sumber pendapatan yang besar kepada kedai dalam talian anda. Lihat sendiri di Pesanan> Pembayaran terbengkalai.
Anda boleh menukar pesanan yang terbengkalai ini menjadi pembelian pelanggan dengan menghantar e-mel peringatan kepada pelanggan anda secara automatik 24 jam setelah mereka membuat troli pesanan mereka di Tetapan > Bayaran Keluar > Pembayaran Terbengkalai > Pemulihan Troli Automatik.
3.Peringatan pembayaran
Terdapat banyak perkara yang anda perlu lakukan dalam menjalankan perniagaan dalam talian anda seharian, dan mengejar pembayaran dari pelanggan anda seharusnya tidak menjadi salah satu daripadanya terutamanya apabila anda dapat mengautomatisasikan keseluruhan proses dengan EasyStore di Tetapan > Bayaran Keluar > Peringatan pembayaran automatik. E-mel peringatan pembayaran akan dihantar secara automatik kepada pelanggan anda 6 jam setelah mereka membuat pesanan.
Anda boleh mengelakkan dari perlu mengejar setiap pelanggan dan perlu menebalkan muka untuk bertanya, tetapi tetap mendapat bayaran!
4.Pembatalan pesanan
Status pembayaran pesanan anda akan tetap menjadi ‘Belum dibayar’ sehinggalah anda menerima pembayaran dari pelanggan anda. Terdapat banyak sebab kemungkinan mengapa pelanggan masih belum membuat pembayaran. Pesanan yang tidak lengkap atau gagal boleh dibatalkan di Tetapan > Pembayaran Keluar > Pembatalan pesanan automatik selepas beberapa ketika yang ditetapkan atau bergantung kepada ketersediaan stok.
Selaraskan pesanan dan inventori anda pada masa yang sama tanpa memerlukan input manual!
Terus dengan Bahagian Ke-2.
最新文章
-
Shao Kim test locale
By Shao Kim · 14th Feb, 2023
-
Hantar Mesej Pukal kepada Pelanggan dengan Pusat Penyiaran (Broadcast Center)
By Max · 27th Nov, 2022
-
Maklumat Terkini Produk EasyStore: Oktober - Disember 2020
By Max · 26th Nov, 2022
-
Tahun 2022, WooCommerce berbanding EasyStore – Yang mana lebih bagus untuk perniagaan anda?
By Vincent Leong · 11th Feb, 2022
-
Mulakan Perniagaaan Atas Talian Bersertakan Penyelesaian eDagang Semua-Dalam-Satu Dengan Diskaun RM845!!
By Yavini Lucille · 4th Jan, 2022
-
5 Kunci Kejayaan Pendigitalan Perniagaan Kecil
By Yavini Lucille · 3rd Jan, 2022