Melancarkan Kedai Online Anda Dalam Satu Hari Semasa Bulan Ramadhan
By Hanna · 5th April, 2020
‘Bazar Ramadhan’ merupakan kelompok premis makanan yang menjual makanan dan minuman yang beroperasi sepanjang bulan Ramadhan. Setiap tahun, Bazar Ramadhan akan dianjurkan di selurah Malaysia untuk memudahkan pelanggan mendapatkan juadah berbuka. Namun tahun ini, ada sedikit berbeza, penganjuran Bazar Ramadhan telah dibatalkan berikutan penularan wabak Covid-19, tetapi objektif Ramadan akan tetap sama.
Akibatnya, terdapat lebih daripada 100,000 peniaga bazaar di seluruh negera dijejas disebabkan mereka tidak dapat berniaga seperti tahun yang lalu dan menyebabkan kehilangan pendapatan yang dijangka membabitkan sekurang-kurangnya RM500,000. Namun begitu, konsep jual beli secara E-bazar sepanjang Ramadan ini telah dilancarkan demi memastikan pendapatan peniaga bazar ini dan juga memastikan penjarakkan sosial dilakukan dalam pelbagai keadaan.
Kami sentiasa ada misi untuk menolong peniaga/pedagang untuk berniaga online, dah pada masa yang susah ini, kami komited untuk memudahkan peniaga/pedagang tradisi untuk memulakan menjual di kedai online mereka.
Kami telah menemui beberapa peniaga/pedagang yang baru menyertai EasyStore dan ingin memaparkan beberapa peniaga/pedagang kami kepada anda sebagai rujukan.
Mempunyai penjual tersedia di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru untuk memudahkan pengguna yang mencari sumber makanan.
Mereka memulakan kedai online hanya pada masa Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) ini berlaku, bertujuan untuk membantu ekonomi setempat di mana peniaga boleh memasarkan dan menjual makanan dan minuman Bazar di kedai online ini.
Menawarkan juadah yang segar setiap hari yang meliputi 17 kawasan di negeri Selangor.
4. Mangan
Mengendalikan 100% masakan HALAL dari beberapa kategori masakan, dari masakan Melayu, kuih ke set berbuka puasa.
Dalam post ini, kami akan menceritakan tentang:
Senarai sebelum melancarkan kedai online anda
Persediaan yang cepat untuk kedai online anda
Senarai sebelum melancarkan kedai online anda
1. Senaraikan 3 nama domain pilihan anda
Reka 3 nama domain untuk perniagaan anda, sekiranya salah satu telah di ambil, anda masih ada lagi pilihan lain.
2. Sediakan imej produk anda
Tidak perlu kamera profesional. Gunakkan kamera telefon dan dapatkan pencahayaan yang baik (seperti di halaman rumah) untuk mengambil gambar produk anda.
3. Sediakan informasi produk anda
Pelanggan ingin mengetahui apa yang mereka membeli daripada anda, penerangan produk yang disediakan dengan baik boleh mengurangkan beban perkhidmatan pelanggan.
4. Sediakan dokumen perniagaan anda
Pastikan perniagaan anda telah di daftar oleh (SSM), dan penyata akaun bank syarikat (3 bulan terkini). Ia boleh digunakan untuk pendaftaran akaun gerbang pembayaran.
5. Senaraikan FAQ pelanggan anda
Pasti anda mempunyai 10 soalan yang sama pelanggan selalu tanya. Senaraikan soalan-soalan tersebut dan anda boleh paparkan di kedai online anda.
6. Sediakan logo perniagaan anda
Anda perlu paparkan logo di kedai online anda, sebab ini mewakili jenama anda.
Persediaan yang cepat untuk kedai online anda
1. Daftar akaun
Daftar akaun anda disini: www.easystore.co, nikmati 14 hari trial percuma
Tip: Pilih nama kedai yang elok, kerana anda tidak boleh tukarkannya kemudian.
2. Pilih tema untuk perniagaan anda
Pergi ke Kedai Online > Tema > Ubahsuai > Simpan apabila telah selesai ditetapkan
Tip 1: Kami telah menyediakan pra-pemasangan tema untuk anda, anda boleh menggunakannya atau tukar kepada tema lain (Layari tema percuma lain)
Tip 2: Di sini anda perlu muat naik logo perniagaan, pilih warna jenama anda, supaya reka bentuk kedai anda bersesuai dengan jenama anda.
Tip 3: Anda boleh pratonton kedai anda melalui alat peranti dan desktop.
3. Mula muat naik produk anda
Di sinilah anda masukkan nama, gambar, penerangan, harga produk anda.
Tip 1: Kebanyakan tema EasyStore datang dengan fungsi auto-crop imej, anda tidak perlu buang masa untuk potong imej anda.
Tip 2: Gunakan Tambah produk secara pukal jika anda mempunyai lebih daripada 50 produk
Tip 3: Kategori kan produk anda di dalam koleksi berbeza untuk pengalaman melayari lebih mudah
Tip 4: Tulis penerangan produk anda terperinci selagi boleh, ia boleh digantikan sebagai jurujual anda.
4. Sediakan kaedah pembayaran anda
Kaedah pembayaran di EasyStore adalah semudah nama jenama kami. Pilih kaedah pembayaran anda: Manual atau pembayaran auto
Dalam masa kritikal ini, kami sarankan menggunakan pembayaran auto oleh gerbang pembayaran. Anda tiada masa untuk semak semula akaun bank anda untuk memastikan pelanggan anda membuat pembayaran
Integrasi lebih daripada 40+ gerbang pembayaran, berikut adalah senarai cadangan gerbang pembayaran:-
Diluluskan dengan cepat dalam masa 1 hari: senangPay (Potongan 50% dengan pelan advance senangPay untuk pengguna EasyStore)
Kaedah transaksi terendah: Billplz (RM1.50 setiap transaksi perbankan online)
Diluluskan dengan cepat: Stripe (Lulus dengan segera)
Akaun percuma untuk pelanggan EasyStore: iPay88 & eGHL
5. Sediakan kaedah penghantaran
Kami hampir selesai. Baiklah, bagaimana anda akan menghantar pakej kepada pelanggan anda. Soalan yang sama lagi, kaedah penghantaran manual atau automatik?
Penyediaan kaedah penghantaran manual memerlukan anda untuk sediakan kadar penghantaran dengan sendiri, dan memasukkan nombor pengesanan untuk kemas kini status pesanan.
Bagi kaedah penghantaran automatik, itu yang kami sebut sebagai integrasi pihak ketiga. Ia akan mengira kadar penghantaran pada masa yang benar daripada perkhidmatan karier secara automatik, dan ia akan mengisi butiran pelanggan anda secara automatik apabila anda memenuhi pesanan anda. Tidak perlu menulis lagi, hanya cetak airway bill dan tampal kan kepada pakej anda.
Parti ke tiga integradi telah disediakan di Malaysia: EasyParcel, Lalamove, Ninjavan, CollectCo.
Tip 1: Tawarkan penghantaran percuma boleh meningkatkan kadar penukaran anda
Tip 2: Anda juga boleh tawarkan penghantaran percuma kepada produk terpilih di EasyStore
6. Tambah halaman yang diperlukan
Kami telah mengingatkan anda untuk sediakan FAQ anda. Sekarang adalah masa untuk paparkan di kedai online anda
Jika anda ada halaman lain seperti Tentang Kami, Info Penghantaran, Polisi anda berada ditempat yang tepat.
Pergi ke Kedai Online > Halaman > Tambah halaman
Tip 1: Anda boleh pilih dimana halaman akan dipaparkan: Menu utama, footer atau sebagai halaman tersembunyi.
Tips 2: Anda boleh reka halaman landing keinginan anda kerana kami telah menyediakan editor untuk anda mengubah suai halaman anda.
7. Buat ujian pesanan di kedai anda
Buat ujian pesanan sebelum pelanggan anda. Pergi ke kedai anda, letakkan pesanan dan teruskan checkout. Adakah anda berjaya untuk checkout? Berjaya? Anda boleh lancarkan kedai online anda sekarang! Tidak berjaya? Masih ada isu dengan persediaan anda? Beritahu pasukan guru kami, kami akan menolong anda untuk persediaan kedai onlin anda sedaya upaya dengan secepat mungkin.
Mari bermula! Dapatkan 14 hari langganan percuma untuk mencuba platform kami.
Kami sedia membantu anda untuk melalui masa yang sukar ini dan tidak sabar untuk melihat anda melancarkan kedai online anda dengan kami.
Ingin menghubungi kami? E-mel kepada kami di hi@easystore.co.
最新文章
-
Shao Kim test locale
By Shao Kim · 14th Feb, 2023
-
Hantar Mesej Pukal kepada Pelanggan dengan Pusat Penyiaran (Broadcast Center)
By Max · 27th Nov, 2022
-
Maklumat Terkini Produk EasyStore: Oktober - Disember 2020
By Max · 26th Nov, 2022
-
Tahun 2022, WooCommerce berbanding EasyStore – Yang mana lebih bagus untuk perniagaan anda?
By Vincent Leong · 11th Feb, 2022
-
Mulakan Perniagaaan Atas Talian Bersertakan Penyelesaian eDagang Semua-Dalam-Satu Dengan Diskaun RM845!!
By Yavini Lucille · 4th Jan, 2022
-
5 Kunci Kejayaan Pendigitalan Perniagaan Kecil
By Yavini Lucille · 3rd Jan, 2022