Penuhi Pesanan Anda dengan J&T Express MY

By Max · 19th July, 2020

Penuhi Pesanan Anda dengan J&T Express MY | EasyStore

Apakah perkhidmatan penghantaran pilihan anda untuk perniagaan anda? J&T Express Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran seluruh negara berdasarkan e-teknologi berkemajuan tinggi. J&T Express boleh menjadi salah satu pilihan untuk membolehkan bungkusan anda dihantar dengan kepelbagaian perkhidmatan lain yang kini tersedia di EasyStore. 

‘Percepatkan Perniagaan Dalam Talian Anda’ merupakan slogan J&T Express Malaysia yang mempunyai matlamat tinggi dalam perkhidmatan penghantaran mereka. Dengan perkongsian visi yang sama, kami kini bekerjasama dengan J&T Express untuk menawarkan pemilik perniagaan dalam talian alternatif baru untuk menghantar bungkusan tanpa had sempadan. 

Bagaimana Ia Berfungsi dalam EasyStore?

1. Sambungan Integrasi Pra-Pasang

Hapuskan kerja rumit untuk integrasi J&T Express. Bawa perniagaan anda ke EasyStore menggunakan integrasi pra-pasang yang membantu anda menguruskan dan memenuhi pesanan serta muat turun bil penghantaran udara. Pengekodan tidak lagi diperlukan.

2. Pemasangan Tanpa Caj

Tetapkan kos perbelanjaan perniagaan pada tahap minimum. Jimatkan kos melalui integrasi aplikasi percuma untuk menghantar bungkusan daripada kedai dalam talian. Sedia dimasukkan ke dalam sistem anda.

3. Percepatkan Proses Pemenuhan Pesanan

Gunakan panel admin EasyStore anda untuk menjalankan, menyemak dan memenuhi pesanan tunggal atau dalam pukal sekaligus. Tingkatkan kecekapan kerja dengan mengurangkan masa menguruskan pesanan.

4. Kurangkan Kelewatan dengan Bil Penghantaran Udara Boleh Cetak

Bil penghantaran udara akan dijanakan secara automatik apabila pesanan anda dipenuhi, memudahkan anda muat turun satu atau banyak bil penghantaran udara dengan hanya satu klik. Jadikan pengurusan pesanan anda satu perkara mudah setiap hari.

5. Hantar Bungkusan Anda dari Rumah

Tidak perlu lagi beratur dalam pusat perkhidmatan penghantaran. Dengan syarat minimum 5 unit yang perlu dihantar, anda boleh tetapkan lokasi pungutan pilihan anda untuk membolehkan bungkusan anda dihantar dari hadapan pintu rumah anda. RM5 (minimum) bagi setiap lawatan akan dikenakan sebagai perkhidmatan pengambilan sekiranya kuantiti bungkusan kurang daripada 5 unit pada hari yang sama, di lokasi yang sama. Tambah Lokasi

Lihat lebih perkhidmatan bersepadu EasyStore bersama J&T Express:

  • Perkhidmatan pintu-ke-pintu

  • Perkhidmatan terus ke pintu (serahan bungkusan di titik rekaan khas)

  • Penuhi pesanan secara pukal/tunggal

  • Muat turun bil penghantaran udara secara pukal/ tunggal

  • Tiada pengiraan penghantaran automatik (anda perlu dapatkan kadar daripada J&T Express dan tetapkan kadar penghantaran dalam panel admin anda)

    

Tawaran Masa Terhad Istimewa untuk J&T Express Malaysia dan Peniaga EasyStore

Selagi anda mempunyai kedai dalam talian dengan EasyStore, anda layak untuk menghantar bungkusan ringan dari serendah RM5 dalam Semenanjung Malaysia (Kelantan & Terrengganu tidak dimasuki dalam tawaran ini) sebelum 15hb Oktober 2020. Dengan mengikuti syarat bahawa berat bungkusan ringan adalah kurang daripada 1kg, anda layak menikmati yuran penghantaran RM5 bagi menghantar bungkusan bersama J&T Express Malaysia